Cheatography
https://cheatography.com
INDIVIDUAL ASSINGMENT FOR FIQH MUAMALAT
This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.
PENGENALAN
1) Wakaf merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh islam kerana dengan berwakaf seseorang itu dapat membantu sesama insan.
2) Menurut Mazhab Imam An Nawawi Wakaf bererti terhalangnya harta yang boleh dimanfaatkan dari harta tersebut dengan mengekalkan zat harta tersebut.
3) Harta wakaf ini tertahan dari sudut pemilikannya dan manfaatnya boleh dinikmati bersama demi membangunkan sosial dan ekonomi umat islam secara amnya.
4) Oleh Itu, satu pendekatan baru yang ditemui oleh Majlis Wakaf Malaysia bagi menjalankan usaha yang baik untuk membangunkan tanah wakaf yang terbiar dengan memperkenalkan konsep Musaqah dalam pertanian di Malaysia. |
|
|
RUKUN MUSAQAH
1.Kedua Pihak yang Berkontrak : Kontrak yang dibuat oleh seseorang yang diharuskan berurusan dalam perkara harta adalah sah.(berakal & baligh)
2.Objek Musaqah : Imam syafie mensyariatkan buah kurma & anggur.
3.Buah : Pengkhususan bahagian bagi kedua pihak yang beraqad.
4.Kerja : Pengurus diberi kuasa sepenuhnya ke atas kerja berkenaan.
5.Ijab & Qabul : Ungkapan yang dibuat oleh pihak pemilik/pengurus. |
PANDANGAN MUSAQAH TERHADAP PERTANIAN
Musaqah (bahasa) : saling menyiram.
Musaqah (syara') : satu kontrak penyerahan tanaman kepada orang yang menjaga dan memelihara tanaman dengan agihan hasil.
Hukum Musaqah :
-majoriti ulama mengharuskan akad kontrak.
-Abu Hanifah & Zufar tidak menggalakkan sama sekali. |
|
|
HUKUM
- Majoriti Ulama iaitu termasuk Imam Malik, Al-Syafie mengharuskan akad kontrak ini. Mankala Abu Hanifah dan Zufar berpendapat bahawa musaqah tidak diperbolehkan sama sekali. Majoriti ulama yang membolehkan akad ini adalah berlandaskan kepada hadis Raslullah s.a.w yang bermaksud:
"Ibnu Umar R,A telah menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w pernah membenarkan penduduk Yahudi Khaibar untuk menggarap tanahnya dengan balasan separuh dari hasil kebun buah-buahan atau tanah pertaniannya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). |
KAITAN DIANTARA AGIHAN FAKTOR & AGIHAN PERSONAL
-Agihan faktor merujuk kepada agihan sumber yang dibahagikan kepada golongan miskin yang berkeupayaan untuk menjalankan pekerjaan.
-Agihan personal adalah merupakan peruntukan khas daripada golongan kaya.
-2 jenis agihan ini berkait rapat kerana agihan personal membantu dalam melengkapi agihan faktor.
-Agihan ini bermaksud golongan miskin yang sihat tubuh badan & fizikal akan diberi lima atau sepuluh ekar kebun untuk diusahakan. |
|
|
DALIL KONTRAK MUSAQAH
(1)"Ibnu Umar r.a menceritakan,bahawa Rasulullah s.a.w pernah membenarkan penduduk Yahudi Khaibar untuk menggarap tanahnya dengan balasan separuh dari hasil kebun buah-buahan atau tanah pertaniannya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
(2)"Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah ia mengusahakan dengan bercucuk tanam dan tidak ada pembahagian yang lain sama ada 1/3 atau 1/4 dan tidak ada hak yang ditentukan."
(3)"Sedekah tidak halal bagi orang kaya, orang sihat dan kuat." (Hadis Riwayat Abu Hurairah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w) |
KESIMPULAN
- Kontrak Musaqah dapat mengatasi masalah pembangunan harta wakaf di Malaysia dan seterusnya menjana ekonomi umat islam serta pembangunan sosial ummah yang lebih baik pada masa akan datang |
|